Senarai Novel
Senarai Novel (3)
Berikut adalah senarai novel terbitan Karya Seni. Sokongan peminat amat kami alu-alukan. Tuliskan komen anda di novel yang anda telah baca. Pasti ianya akan memberi manfaat bukan sahaja untuk bakal pembaca lain, bahkan akan membantu memperbaiki dan memotivasikan lagi penulisnya.Pabila Cinta Memanggilku
Yang Ayesha seorang perempuan yang cukup sempoi! Di dalam hidupnya, hanya ada abah, ibu, Yoep dan abang ngah termasuk kawan-kawan di kedai bunga milik Encik Saadan. Tidak pernah terniat di dalam hatinya untuk jatuh cinta sehingga dia bertemu dengan Adam Harith.
Yang Ayesha : “Adam bukan saingan, ini bukan medan untuk bersaing, hadiah trofinya bukan saya. Saya tak mahulah sebab saya adik beradik bergaduh. Kalau saya tahu macam ni dari awal, saya tak dekat dengan sesiapa pun, Adam ataupun awak.”
Sungguh Aku Mengerti
Danisha Khalida - Siapa tidak ingin dicintai? Tapi mampukah Danisha menerima cinta dari sorang lelaki dalam keadaan dia yang tidak mempunyai apa-apa lagi? Kesuciannya telah diragut oleh bapa tirinya sendiri, apa lagi yang tinggal untuk seorang suami?
Tengku Isma Danish - Kehidupan bebas yang dijalaninya berubah sedikit demi sedikit sejak dia mengenali Danisha Khalida. Sikap Danisha yang dengan selambanya mengarahkan Danish mengimamkan solat bagi sekumpulan kecil anak-anak yatim, membuatkan dirinya malu dengan kekurangan ilmu agama dalam dirinya. Peristiwa tersebut dan kehadiran Danisha Khalida menjadi pemangkin kepada sebuah perubahan dalam hidupnya.
Terlerai Kasih
ILHAM FITRI… Sekaliku menyatakan cinta, usahlah kau meraguinya lagi. Sekaliku janji padamu, cukuplah untuk selamanya. Namun, semakin meniti masa, cintamu kian ragu di mana luhurnya. Hinggakan kudus cinta itu sirna begitu saja. Takku tahu setulus mana kasih, tidakku pasti setelus mana cinta. Sanggupku tentang satu dunia demi cintamu dan apalah kiranya andai kau sendiri yang menentang. Andai jodoh itu bukan milik kita, aku akan berlalu dari hidupmu dan biarkanlah kasih yang terlerai itu tidak bercantum lagi. Sesungguhnya, andai Dia mengizinkanku, aku ingin menyintaimu selagi ada nafas di sebalik jasadku yang sudah hampir rebah. – Nur Wafiah.
“Fiah takut ada pulak yang terjatuh cinta dekat Am. Menangis lagu dangdut la Fiah nanti,” gurauku agar dia tidak rasa bersalah.- Wafiah
“Ala… biarlah dia orang nak terjatuh cinta ke, terjatuh tangga ke, Am peduli apa! Bukan Am yang terjatuh pun. Am terjatuh pada Nur Wafiah aje.” – Ilham Fitri
NUR WAFIAH… Kau cinta pandang pertamaku. Namun, makin meniti ketika, ukhuwah yang berlandaskan cinta itu seakan-akan palsu pula. Adakah kau yang berdusta atau akukah yang terlalu curiga? Andai kasih yang singgah hanya sebagai peneman resah, maafkanlah aku kerana telah menyentuh hati dan tulus kasihmu. Sehinggakan kesan air mata itu tak dapat kering lagi walaupun kisah pedih itu kian berlalu pergi. –Ilham Fitri






















KARYASENI Enterprise. merupakan sebuah syarikat penerbitan novel yang ditubuhkan pada akhir 2010. Bermula dari sebuah laman sesawang penulisan2u pada tahun 2006, kini kami bergerak selangkah ke hadapan dengan mewujudkan syarikat penerbitan KARYASENI...