Filem Tercipta Untukku di Astro First Eksklusif

Selepas tiga kali pertemuan secara kebetulan, akhirnya Adil dan Thia jatuh cinta antara satu sama lain. Tetapi yang Maha Esa tela menentukan segalanya. Adil dan Thia telah didiagnosis kanser otak tahap 4 dan hanya mempunyai beberapa bulan untuk hidup. Adakah mereka dicipta untuk satu sama lain? Dapatkan novel TERCIPTA UNTUKKU terbitan KARYASENI di MPH, POPULAR, SMO atau di www.karyaseni.my

Senarai Novel

Memilihmu Kerana Dia

RM : 26,00 RM
Biasa : 29,00 RM
Diskaun: -3,00 RM
Tax amount:
Price / kg:

PDF Save page as PDF

Print Print this Page

Email Email to a Friend

Product-SKU :978-967-0246-86-4

Description Reviews Related Products

Semenanjung : RM29
Sabah/Sarawak : RM32
(Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online)


 

“Tolong jaga bonda dan Heritage.” - Ku Azran

Kerana satu amanat daripada arwah suaminya, Ku Azran, hidup Nur Sarah diserahkan sepenuhnya kepada Bonda Mariam dan Heritage. 

Namun kepulangan waris tunggal Heritage, Tengku Ammar Muiz, bekas adik iparnya dari pelarian dan secara tiba-tiba telah menyebabkan hidup Nur Sarah lintang-pukang.

Keadaan menjadi lebih parah lagi apabila Bonda Mariam membuat keputusan untuk menyatukan mereka berdua. Ku Ammar menentang dan Nur Sarah menolak. Tetapi kerana satu kesilapan dan demi Heritage, Ku Ammar dan Nur Sarah terpaksa akur. Kata-kata kesat digunakan tanda Ku Ammar langsung tidak bersetuju dengan perkahwinannya.

“Dengar sini Sarah, walaupun kau isteri aku tapi aku tak pernah terfikir nak sentuh kau sebab aku jijik! Jijik nak sentuh bekas adik kandung aku sendiri!” – Ku Ammar

Nur Sarah pula hanya mampu bersabar dan bersabar... Demi amanat, dia kena kuat! Namun, belum dia temui kebahagiaan yang dicari, timbul pula isu Ku Ammar ingin mengahwini teman wanitanya, Lisanani. Hati isteri mana yang tidak terluka? Dek tidak mahu membiarkan Ku Ammar hanyut dalam  dunia cintanya, Nur Sarah rela dimadukan! Sudah bermadu, hidupnya semakin sengsara dek madunya yang ingin membalas dendam.

“Buat apa nak membazirkan air mata, Sarah? Kalau aku jadi kau, dah lama aku keluar dari rumah ni. Kau tak malu ke? Orang dah tak suka buat apa kau nak terhegeh-hegeh, kan? Atau kau suka dijadikan alat?” - Lisanani

“Enough, Lis. Aku tak perlukan nasihat kau. Selagi Ammar tak ceraikan aku, selagi tu aku tak akan keluar dari rumah ni. Selagi Ammar tak pecat aku dari Heritage, selagi itulah aku akan bekerja di situ!” – Nur Sarah

“Damn you, Sarah! Kau ingat aku akan diamkan, Sarah? Kau mimpilah dulu. Kita tengok siapa yang akan dihalau nanti!” – Lisanani

Kerana fitnah yang ditaburkan oleh madunya sendiri, Nur Sarah pendamkan saja perasaannya yang mula tumbuh buat sang suami. Dia reda andai Ku Ammar melepaskan dia. Tapi pelik kenapa Lisanani beria-ia hendak menghalau Nur Sarah? Siapa Lisanani yang sebenarnya dalam hidup Ku Ammar?

Tiadakah cinta buat Nur Sarah daripada suaminya? Semuanya dalam Memilihmu Kerana DIA...